Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging?

Tajuk ini sangat menarik bagi saya kerana kerjaya internet marketing saya bermula dari blog. Hampir 2 tahun lepas, saya belajar menggunakan blogspot. Pada masa itu, saya hanya nak pelajari apa itu blog dan tidaklah menyedari kelebihan-kelebihan berblog. Maka saya pun mengambil keputusan untuk menggunakan blogspot kerana percuma sahaja.Tidak berapa lama kemudian, saya mula menjual pen digital Al-Quran secara sambilan untuk menampung yuran pengajian saya di sebuah universiti tempatan. Bila menjual mulalah memikirkan soal pemasaran. Dalam melayari facebook dan mencari-cari menggunakan google, saya terjumpa minisite pen digital Al-Quran (pada masa itu, saya tidak tahu istilah minisite). Untuk mencuba nasib, saya membuat satu blog untuk mempromosikan pen digital Al-Quran. Oleh kerana kemahiran saya yang sangat asas dalam blogspot, saya gunakan saja blogspot dan facebook untuk mempromosikan pen digital Al-Quran yang saya jual.Kaedah saya gunakan dalam blog adalah perkongsian mengenai khasiat ayat-ayat Al-Quran untuk kebaikan kita. Dan kemudian saya gunakan facebook fanpage untuk mendapatkan lebih banyak pembaca ke blog saya. Disitulah saya mempromosikan juga produk yang dijual. Masa itu, bagi saya blog adalah berguna untuk menarik pembaca yang datang dari carian google dan facebook page untuk “menyimpan list” pembaca blog yang “like” fanpage saya itu. Oleh itu, setiap blog saya pasti ada facebook like box.

 

Mencari pekerjaan: Aku dan Blog

Dengan kemahiran yang semakin “ok” saya mula mempelajari cara menukar template blog supaya kelihatan lebih menarik. Pada masa itu, saya amat perlukan pekerjaan. Alhamdulillah, saya menghadiri satu temuduga, dan disitu saya menunjukkan blog satu itu dan beberapa lagi kemahiran yang tidak seberapa pada bakal majikan. Mungkin kerana blog tersebut saya diterima bekerja. Walaupun masa itu saya sudah mengetahui asas pemasaran internet, tetapi banyak lagi perlu saya belajar (sehingga hari ini, saya masih perlu belajar dan belajar lagi).

Potensi blog dalam menjana pendapatan.

Dalam melayari blog-blog, saya selalu mendapati pelbagai bentuk iklan. Inilah perkara pertama yang saya menyedari salah satu punca pendapatan sampingan menggunakan blog. Apabila menyertai program affiliate seperti Jomniaga dan affiliate dari minisite lain, para peserta affiliate diberikan iklan. Disitulah saya menyedari bahawa blog yang bertrafik tinggi sudah tentu akan mendapat lebih banyak pelawat yang barangkali berminat pada iklan yang ada pada blog.

Selain meletakkan iklan, para blogger juga menawarkan servis advertorial untuk menerangkan berkenaan “review” sesuatu produk dan link ke blog tersebut. Rupanya ini juga salah satu cara bloggers untuk mencari duit sampingan.

Servis membuat blogĀ 

Menyedari betapa pentingnya blog, ada juga membuat duit dengan menjual ready-made blog atau menawarkan servis membina blog dari kosong. Ini merupakan pendapatan yang agak lumayan kerana tidak menggunakan modal yang besar. Saya sendiri menawarkan servis ini. Pada masa penulisan ini, saya sedang menyiapkan projek Blog Shop untuk seorang novelis Islamik. Alhamdulillah, sejak bekerja setahun ini, dapatlah pelajari asas membuat blog menggunakan wordpress pula dan cara menjadikannya seperti kedai online. Kini, bolehlah membantu rakan-rakan menbuat blog atau website asas seperti minisite dan blogshop.

Terdapat banyak lagi cara membuat duit dengan blog. Jika sudah mahir membuat template blog, anda juga boleh menjualnya. Itu juga satu sumber pendapatan lumayan. dalam aspek blogging, trafik memainkan perkara penting, jadi ada juga servis yang menarik pelawat ke blog anda.

Secara keseluruhan, ini beberapa cara yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan dengan blog yang saya belajar secara langsung ataupun tidak:

1. Iklan di blog
2. Advertorial
3. Servis buat blog
4. Jual template blog
5. Banyak lagi sebenarnya..