Blogging untuk meraih kebaikan dunia & akhirat

blogging (2)

Blogging adalah satu platform yang bangus untuk menyebarkan kebaikan jika kena pada caranya. Blog merupakan platform yang mempunya pelbagai kegunaan. Hampir setiap topik dapat diceritakan melalui blog. Ramai sekarang suka memilih blog untuk berniaga online. Ada juga yang saja nak meluahkan persasan secara seolah-olah seperti menulis diari. Namun, tidak ramai yang sedar sebenarnya, aktiviti berblogging dapat memberikan penulis dan pembacanya kebaikan di dunia dan akhirat!

Walau bagaimanapun, bukan semua blogger ada niat dan impian sebegini. Blog berunsur lucah, gosip-gosip, dan blog-blog fitnah politiksering memberikan kesan buruk pada individu yang membacanya dan juga memberikan “aura” negatif yang buruk padahnya pada masyarakat kita. Oleh kerana kegiatan blogging sebegini sukar dikawal, penulis menasihatkan aktiviti berblogging sebegini yang menyebarkan perkara-perkara tidak baik dan berfaedah ini sepatutnya dielakkan sepenuhnya tanpa kompromi.

Sebaliknya, pada individu yang ingin berjinak dalam blogging, haruslah dipupuk semangat untuk menulis bagi menyebarkan kebaikan demi meraih keuntungan dunia dan saham-saham akhirat. Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana dengan menulis blog saja dapat meraih keuntungan dunia dan kebaikan akhirat nanti?

Baiklah, penulis ingin memberitahu disini, bahawa niat berblogging adalah elemen yang terpenting jika ingin berjaya. Seperti ibadah, misalnya solat, puasa dan lain-lain, kita bermula dengan niat. Pasanglah niatlah supaya ingin berkongsi ilmu menerusi blog. Tidak akan rugi berkongsi ilmu kerana Allah SWT akan menambahkan lagi ilmu dan inilah konsep “the more you give, the more you get”. Tidak percaya? Cuba bersedekah! Apa yang kita berikan, Allah SWT memberikan 10 kali ganda dan mungkin lebih lagi. Dengan itu, sebarkanlah ilmu, pengalaman atau apa sahaja kebaikan yang boleh dikongsikan di blog. Mungkin perubahan tidak dirasakan serta-merta, tetapi jika anda percaya akan niat anda berlogging adalah untuk berkongsi ilmu, pasti ada rezeki tida diduga menanti anda!

Kedua, dalam aktiviti berblogging itu sendiri, anda sebenarnya sedang mempelajari ilmu-ilmu berguna untuk menerbitkan blog anda dan pada masa sama berada dalam proses mencari dan mengumpulkan “follower” atau pembaca untuk blog anda. Ilmu sebegini adalah ilmu pemasaran yang anda pelajari secara tidak langsung. Sudah tentu proses mencari ilmu ini bermanfaat pada si pencari ilmu. Sebenarnya, ilmu pemasaran yang dipelajari secara betul dapat melahirkan peribadi yang baik. Lihat saja Rasulullah SAW, tokoh peniaga yang paling hebat.

Sekiranya, blog yang anda bangunkan secara konsisten hingga menjadi blog terkenal dan berpengarauh, anda sudah memasuki fasa “branding”. Pada tahap ini blog anda sangat berpengaruh, mungkin juga anda ditemuramah, boleh jadi masuk TV. Sebelum memasuki tahap ini, anda akan nampak banyak cara untuk menjana pendapatan melalui blog. Pendapatan 4-5 angka adalah tidak mustahil. Namun, tidak mudah sebenarnya unuk mecapai tahap ini.

Blog yang anda bangunkan, melambangkan keperibadian anda sendiri. Tulislah dengan baik supaya dapat menyebarkan kebaikan. Pelajarilah teknik-teknik blogging dari semasa ke semasa untuk menjadikan blog anda lebih berkualiti. Percayalah, dalam proses ini, anda akan ketemui cara menjana pendapatan melalui blog. Namun, ingatlah niat berblogging tu selalu supaya apa yang kita tulis itu berkualiti dan bukannya ingin meraih keuntungan semata-mata.

Mari Menggunakan Blog Untuk Kebaikan Dunia Akhirat!