Mata kanan dah operate

Mata-operate-katarak

 

Alhamdulillah, Allah memberikan peluang, dipinjamkan semula penglihatan mata kanan.

Entah kenapa boleh pula kena katarak hampir 4 tahun lepas. Masa di hospital Serdang dulu takut nak operate sebab takut dengan statement doktor. Masa tu dia kata kalau pakai general anesthetic ada risiko tak boleh bangun kalau ada penyakit jantung dan kencing manis. Lepas dengar terus cuakkk!!!

Alhamdulillah, minggu lepas hadapi juga risiko penggunaan bius ini. Tajut juga la. Siap derma banyak-banyak kat masjid. Ha! tu la saya ni banyak dosa. huhuhu…

Alhamdulillah selesai pembedahan sudah. Mata kanan dah boleh melihat. Walaupun tidak sempurna penglihatan mata ini, namun bersyukur sangat-sangat jugalah..

Sekarang fasa penyembuhan, fasa kritikal untuk memulihkan penglihatan sebaik mungkin. Online kejap-kejap saja, sebab kene melayan customer sedia ada.