Sedekah, pelaburan ilmu dan cukai kebodohan..

Kisah dulu ni kadang-kadang malas nak pikir, nak ungkit. Nak dijadikan cerita, saya sendiri pernah kerja pakai maskot Horlicks. Hahaha, orang gelak.. tapi bila kerja kuli tak bermakna kalau tak ambil intipati konsep bisnes walaupun kerja pakai maskot sekali pun! Walaupun kerja bawak maskot kepala bijirin tu, dapat juga la belajar pasal marketing dan branding. Bukan kerja dan terima upah pakai maskot semata-mata.

Sebenarnya nak cerita pasal 3 konsep kewangan, tapi tetiba ingat balik pasala pakai maskot tu. Tu la nak sangat ingat perkara lepas.. Haha.. sebenarnya cuba ingat balik sebenarnya bila mula belajar pasal perniagaan. Belajar, belajar dan terus belajar sampai sekarang. Dulu masa perlukan dana untuk teruskan pengajian, itulah masa dulu yang duk terima upah untuk pakai kepala bijirin tu. Tak la lepas itu, buat pula perniagaan kecil-kecilan menjual pen digital Al-Quran.

Masa itulah baru bermula mempelajari sedikit demi sedikit apa itu pemasaran. Cuba tunjuk dan demo pen Al-Quran pada kawan-kawan. Cuba close sale. Dan pada sama, belajar pemasaran online guna blog dan facebook. Namun sebenarnya bila nak terjun bidang online marketing ini, ada kebaikannya, sebab saya belajar 3 konsep atau perkara penting yang dapat mempengaruhi keadaan kewangan seseorang.

Inilah 3 perkara yang saya maksudkan ini:

Sedakah, pelaburan ilmu dan cukai kebodohan

Bagi saya, asas formula nak berjaya kenalah, tambahkan amalan sedekah, dan tingkatkan pelaburan ilmu dari semasa ke semasa untuk kurangkan atau minimakan cukai kebodohan itu sendiri.  Biar saya huraikan satu persatu istilah-istilah ini.

Sedekah

Sedekah, adalah amalan yang sangat ajaib sebenarnya. Sedekah dibalas 10 kali ganda. Matematik sedekah mudah sekali. Bagi RM10, Allah balas RM100. Jadi untung adalah RM90. Jangan tanya bagaimana mekanisma ini boleh berlaku, yakin saja dan terus bersedekah.

Namun, cara sedekah pun kene ada gayanya. Jangan harap bila bagi orang, dah harapkan senyuman dan pujian darinya. Lepaskan saja berapa yang bagi tu, dan yakin pada Allah akan dapat ganjarannya nanti. Itulah ikhlas dalam bersedekah.

Zaman ini begitu canggih. Bank in atau buat transaksi saja secara online pun dah boleh. Selalunya masjid-masjid baru yang perlukan dana, rumah anak yatim dan mahaad tahfiz akan paparkan akaun bank. Jadi mudah bukan nak bersedekah?

Pelaburan ilmu

Ilmu sangat penting, dalam semua aspek kehidupan. Bila ada ilmu, tahu cara nak jimatkan wang. Bila ada ilmu, tahu cara jana pendapatan. Kata orang bisnes, ilmu pelaburan paling berbaloi. Sebab ganjaran berlipat kali ganda!

Cukai kebodohan

 Apa itu cukai kebodohan? Cukai kebodohan atau yuran kebodohan adalah jumlah terpaksa dibayar jika tidak mahu belajar, atau membuat pelaburan ilmu yang akhirnya menyebabkan kerugian! Contohnya yang radikal sikit upamanya begini, beli kereta, tapi tak mahu belajar, akhirnya bawa kereta dan kemalangan. Rugi.

Kesimpulan

Nak kaya? Tambahkan sedekah, tambahkan ilmu pelaburan dan akhir sekali elakkan kerugian dengan mengelakkan cukai kebodohan.

Dah nampak formula kejayaan disini? Harap bermanfaat 🙂