Adakah Perlu dan Bilakah Waktu Yang Sesuai Makan Ubat Cacing

Pengalaman dar penulis laman Jurnal Mama:

Anak sulung saya iaitu Izz Hadifdah berusia 3 tahun 2bulan.  Hari tu ada baca artikel mengenai kepentingan beri ubat cacing kepada kanak-kanak. Ngeri jugak kalau anak kena jangkitan cacing ni. Jangkitan parasit cacaing ini boleh hidup dalam darah, usus serta dalam organ tubuh badan. Ngeri tak?

Jadi semalam saya terus bawak Hadif ke Klinik Kesihatan Ibu Anak. Lagipun saya tak lama tak bawa dia ke klinik untuk pemeriksaan rutin. Last skali saya ingat masa umur dia 2 tahun 5 bulan. Kebetulan masa bawak adik dia amik injection.

perlu-bagi-anak-makan-ubat-cacing-elak-jangkitan

Kepentingan Pemberian Ubat Cacing Kepada Anak.

Saya bertanya kat nurse klinik kesihatan yang checkup Hadif tu. Perlu ke amik ubat cacing ni dan berapa kerap pengambilan. Nurse bagitahu yang pengambilan ubat cacing ni perlu sebab untuk elak jangkitan cacing pada anak sekaligus mengelakkan perkembangan fizikal anak tidak terganggu.

” Telur cacing dapat hidup lama dalam tubuh badan dan jika tidak dibbunuh akan menyerap nutrient yang diperolehi olek kanak-kanak sehingga menyebabkan perkembangan fizikal anak terganggu”

Kesan/ Akibat Jangkitan cacing

  • Anak hilang selera makan
  • Keletihan
  • Kembung/perut buncit
  • Demam berpanjangan
  • Masalah pernafasan

Jangkitan jika tidak dirawat akan membawa kepada masalah anemia, kerosakan usus serta otak.

Kekerapan Pemberian Ubat Cacing

Kekerapan ubat cacing untuk kebiasaan ialah setiap enam (6) bulan bermula anak umur setahun setengah dengan dos yang ditetapkan agar jangkita cacing dapat dihapuskan. Tapi, untuk anak-anak kita yang jarang main pasir dan bila pijak rumput tak pakai selipar pun dah geli geleman ni setakat amik setiap tahun pun memadai.

bagi kanak-kanak luar bandar yang lebih terdedah kepada persekitaran yang kurang bersih, disarankan anak diberi ubat cacing bermula usia 9 bulan keran mereka lebih mudah terdedah kepada telur cacing.

Bagaimana Terjadinya Jangkitan Cacing

  • Pemakanan

Jangkitan melalui pemakanan apabila sayur atau buah-buahan tidak dibasuh dengan betul dan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna menyebabkan masih terdapat telur cacing yang melekat di makanan tersebut.

  • Amalan Kebersihan

Amalan kurang membasuh tangan ketika makan. Ni biasanya untuk anak yang suka memegang benda kotor seperti tanah dan pasir. Kemungkinan telur cacing akan melekat di celah-celah kutu. Jika tidak dibasuh dengan betul, telur ini akan masuk bersama-sama makanan yang dimakan.

 

Telur cacing ini akan menetas dan membiak dalam usus manusia serta mendapatkan zat makanan yyang dimakan oleh manusia semasa proses penghadaman. Cacing ini akan mencuri zat nutrient dalam badan menyebabkan kanak-kanak yang dijangkiti mengalami masalah kekurangan makanan yang menyebabkan tumbesaran anak terganggu dan mereka mudah letih dan penat.

Ada 2 jenis ubat cacing

1. Albendazole/mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

2. Pirantel PamoateUbat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Selain makan ubat cacing, apa nak buat untuk bantu anak-anak dapatkan nutrien yang mencukupi? Maklumlah selama ini mungkin zat yang dimakan sudah diserap oleh cacing kan.

Mudah je, cuba berikan anak anda mealshake. Ia adalah satu jenis minuman yang mengandungi multivitamin dan sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 1 tahun.

mealshake-untuk-kanak-kanak-tiada-selera-makan

Mealshake Mengandungi 9 Amino Asid

Tidak semua amino asid boleh dihasilkan oleh badan. 9 amino asid ni tidak boleh dihasilkan oleh badan dan hanya boleh didapati dalam makanan.

Amino asid ni diperlukan untuk pertumbuhan, untuk perbaiki sel-sel tisu. Jadi ia amat penting untuk kanak-kanak kerana masa ni mereka sangat aktif dan perlukan sesuatu untuk bantu pertumbuhan terbaik.

Jika tidak cukup asid amino, pertumbuhan kanak-kanak boleh terbantut. Mesti taknak kan?

Fungsi  asid amino yang ada dalam mealshake ni adalah perbaiki tisu yang rosak, perbaik pulih kulit, bantu penghasilan serotonin yang sangat penting untuk fungsi otak.

Sesuai sangat untuk baik pulih badan setelah mengalami kecacingan. Bantu kembali meningkatkan kesihatan anak anda.

Mealshake Mengandungi Vitamin B12

Vitamin B12 penting untuk pembentukan sel darah merah. Masih ingat lagi yang kanak-kanak yang terkena masalah cacing akan alami kekurang sel darah merah kan. Maka pemberian mealshake adalah cara terbaik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge