Blogging Untuk Kebaikan Dunia Sampai Akhirat

Blog adalah satu platform yang agak efekif untuk menyebarkan kebaikan jika betul pada caranya. Penggunaan blog adalah sangat meluas. Hampir setiap topik dari aspek kehidupan sampailah ke aspek pendidikan dapat disampaikan melalui platform blog. Ramai juga mereka yang mengunakan blog untuk berniaga secara online. Ada yang saja hendak meluahkan perasaan seperti menulis diari tapi mahu dibaca oleh orang-orang yang mungkin tidak dikenali.

Sebenarnya, blog dapat memberikan kebaikan di dunia hingga ke akhirat!

Namun, bukan semua blogger mempunyai niat atau impian sebegini. Blog-blog lucah, gosip, dan blog-blog politik yang ekstrem memberikan kesan negatif pada mereka yang membaca dan juga memberikan imej yang buruk pada masyarakat kita. Oleh kerana kegiatan sebegini sukar dikawal, saya berasakan aktiviti berblogging yang menyebarkan perkara tidak baik dan berfaedah ini sepatutnya dielakkan.

Sebaliknya, pada individu yang ingin berjinak dalam blogging, haruslah dipupuk semangat untuk menulis bagi menyebarkan kebaikan demi meraih keuntungan dunia dan saham-saham akhirat. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana pula dengan menulis blog dapat meraih keuntungan dunia dan kebaikan akhirat nanti?

Baiklah, penulis bertegas disini, bahawa niat berblogging adalah elemen yang terpenting jika ingin berjaya. Seperti solat dan ibadah lain, kita mulakan dengan niat. Niatlah supaya ingin berkongsi ilmu menerusi blog. Tak rugi berkongsi ilmu, kerana Allah SWT akan menambahkan lagi ilmu. Inilah konsep “the more you give, the more you get”. Tak percaya? Cubalah bersedekah! Apa yang kita berikan, Allah SWT memberikan 10 kali ganda dan mungkin lebih lagi. Jesteru itu, sebarkanlah ilmu, pengalaman atau apa sahaja kebaikan yang boleh dikongsikan di blog. Mungkin perubahan tidak dirasakan serta-merta, namun jika anda percaya anda berlogging untuk berkongsi ilmu, pasti ada rezeki tida didga menanti.

Kedua, dalam aktiviti berblogging itu sendiri, anda sebenarnya sedang mempelajari ilmu-ilmu berguna untuk menerbitkan blog anda dan pada masa sama berada dalam proses mencari dan mengumpulkan “audience” atau “follower” untuk blog anda. Ilmu sebegini adalah ilmu pemasaran yang anda pelajari secara tidak langsung. Sudah tentu proses mencari ilmu ini bermanfaat pada si pencari ilmu. Sebenarnya, ilmu pemasaran yang dipelajari secara betul dapat melahirkan peribadi yang baik. Lihat saja Rasulullah SAW, tokoh peniaga yang paling hebat.

Sekiranya, blog yang anda bangunkan secara konsisten hingga menjadi blog terkenal dan berpengarauh, anda sudah memasuki fasa “branding”. Pada tahap ini blog anda sangat berpengaruh, mungkin juga anda ditemuramah, boleh jadi masuk TV. Sebelum memasuki tahap ini, anda akan nampak banyak cara untuk menjana pendapatan melalui blog. Pendapatan 4-5 angka adalah tidak mustahil. Namun, tidak mudah sebenarnya unuk mecapai tahap ini.

Blog yang anda bangunkan, melambangkan keperibadian anda sendiri. Tulislah dengan baik supaya dapat menyebarkan kebaikan. Pelajarilah teknik-teknik blogging dari semasa ke semasa untuk menjadikan blog anda lebih berkualiti. Percayalah, dalam proses ini, anda akan ketemui cara menjana pendapatan melalui blog. Namun, ingatlah niat berblogging tu selalu supaya apa yang kita tulis itu berkualiti dan bukannya ingin meraih keuntungan semata-mata.

Selamat Blogging!

Add Comment