Impetigo Atau Kudis Api – Jangkitan Bakteria Menyerang Bayi

Pengalaman dari BelogSuperMama:

Anak sulung saya berusia 2 tahun setengah telah disahkan Impetigo pada Rabu lepas. Masuk hari ni dah 9 hari lah, belum lagi pulih sepenuhnya walaupun di bawah penjagaan saya dan suami. Hadif dapat jangkitan ini dari Taska. Sepanjang tempoh rawatan, kitorang tak hantar dia ke taska sebab dikhuatiri berjangkit dengan kanak-kanak lain.

Impetigo adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh bakteria. Kulit akan kelihatan lepuh-lepuhan kecil yang berisi nanah. Selalu menyerang kanak-kanak terutama di bahagian muka sekitar hidung dan mulut dan kadang-kadang pada tangan atau kaki.

Kesian hadif diserang bakteria jahat.Kena pula di bahagian hidung dan mulut. Agak susah sikit nak merawat dia sebab dia memang tak bagi kita sentuh bahagian yang kena jangkitan tu. Nak cuci dan sapu ubat pun dia tak bagi.

Kami jauhkan Hadif dari Hannah sebab risau ia akan berjangkit ke Hannah pula. Lagi parah sebab budak tu kecik lagi baru 4 bulan. Basuh pakaian mereka berdua pun asing-asing. Cuma baju dan tuala hadif kami cuci dengan air panas untuk matikan kuman.

Jenis Jangkitan Kulit  Impetigo

  • Impetigo Bullous

Impetigo Bullous ialah lepuh besar yang berisi cecair tetapi tidak menyebabkan rasa sakit.

  • Impetigo Bukan Bullous

Impetigo bukan bullous adalah bentuk yang lebih mudah berjangkit kerana lepuh atau kudis yang pecah serta kerak kuning-coklat.

Punca Terjadinya Jangkitan Impetigo

Punca utama Impetigo ialah disebabkan bakteria Staphylococcus aureus atau Streptococcus. Bakteria ini tersembunyi dan mudah untuk menjangkiti kanak-kanak yang mengalami luka terbuka. Jika memang ada masalah kulit seperti ekzema, gigitan serangga atau kulat membuatkan mereka lebih terdedah untuk mendapat jangkitan Impetigo.
Ya… hadif memang ada Ekzema. sebab itu dia mudah sangat nak berjangkit…
Kebanyakan jangkitan ini merebak melalui sentuhan fizikal dengan seseorang yang telah dijangkiti. Tambahan kalau di Taska mereka sering berkongsi mainan dan barang lain. Juga senang berjangkit kalau berkongsi tempat tidur, tuala atau pakaian.
Untuk kanak2 yang dihantar ke Taska macam Hadif memang terdedah dengan macam2 penyakit berjangkit..
Untuk kes yang lebih teruk, jangkitan akan menyerang lapisan kulit paling dalam dan menyebabkan ecthyma.

Simpton / Tanda-Tanda Jangkitan Impetigo

Berikut ini adalah tanda-tanda dan gejala impetigo:
  • Luka merah berisi cairan yang mudah pecah selama beberapa hari dan kemudian membentuk kerak coklat kekuningan
  • Gatal
  • Tidak terlalu menyakitkan, lepuh berisi cairan
  • Dalam bentuk yang lebih serius, luka akan terasa menyakitkan dan berisi nanah, kemudian luka dapat berubah menjadi borok yang mendalam.

Bagaimana untuk Mengelakkan dari Merebak?

  1. Jangan benarkan anak menggaru di kawasan jangkitan kerana boleh menyebakan luka berdarah dan merebak ke tempat lain di badan
  2. Saya asingkan Hadif dan Hannah. Elakkan mereka bermain bersama-sama untuk elakkan berjangkit.
  3. Tidak berkongsi pakaian, tuala, peralatan permainan dengan kanak-kanak lain.Basic-H-
  4. Saya bersihkan barang mainan, tuala, pakaian serta cadar Hadif menggunakan air panas dan sabun anti bakteria dan semestinya menggunakan pencuci serbaguna BASIC-H . Sebotol berharga RM 47. Tahan berbulan-bulan lamanya. Saya memang guna sabun ni untuk cuci mainan anak-anak setiap bulan. Lagipun sesuai untuk mengemop lantai jika anak korang masih kecik. Meniarap merayap atas lantai tanpa perlu nak risau part kebersihan.

5 Langkah Selamat Penjagaan dan Rawatan untuk Impetigo

  1. Sila bawa anak ke klinik dengan kadar segera. Kerana jika lambat jangkitan akan semakin teruk dan mudah merebak.
  2. Sapu krim antibiotik untuk mengurangkan jangkitan. Tapi saya lebih suka gunakan Krim Herba Blend yang pastinya organik dan tiada chemical.   Krim yang dah mula mendapat tempat di hati ibu-ibu sekarang ini. Dapatkan 1 sebelum kehabisan stok. Harga RM 32. Tahan Berbulan-bulan. Ramai yang cakap murah dan berkesan!

    herbablend

  3. Pastikan kawasan jangkitan sentiasa dicuci, buang keruping dan sentiasa kering. saya cuci menggunakan Basic_H.
  4. Saya on juga antibiotik kepada Hadif selepas 5 hari jangkitan masih belum baik. (walaupun dalam hati taknak bagi). Bila consume antibiotik proses pemulihan dia agak cepat. Dalam masa yang sama, untuk kuasa penyembuhan yang cepat saya bagi Hadif makan Nutriferon yang memang terkenal dengan kuasa meningkatkan antibodi badan. Rasanya yang manis-manis buah memang Hadif suka.nutriferon-dari-shaklee
  5. Kebersihan persekitaran/rumah mestilah sentiasa terjaga.
Untuk pengetahuan korang, impetigo ni tak meninggalkan parut hodoh. Kalau tak memang dah tak hensem lah anak bujang mama.. hehe. Setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini.
 
Jika anak-anak anda kena jangkitan ini boleh hubungi saya 019 351 1315 untuk mendapatkan Sabun Pencuci dan Krim serbaguna yang terbaik ni. Memang tak menyesal. Parut pun tiada.

8 thoughts on “Impetigo Atau Kudis Api – Jangkitan Bakteria Menyerang Bayi”

  1. tahun lepas anak-anak terjangkit impetigo ni dari kanak-kanak lain di tadika. Hanya selepas antibiotik , baru lah semuanya sembuh. Lepas tu apalagi, beri set kesihatan shaklee untuk anak-anak untuk kuatkan imun.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
%d bloggers like this: