Rasa Macam Mengandung, Tapi UPT Samar-Samar Seolah-Olah Negatif

Sharing ini dibawakan khas dari Belog Super Mama:

Pernah tak mengalami ni.. Dah ada tanda-tanda Mengandung tapi bila buat Urine Pregnancy Test (UPT) hasilnya samar-samar tak tahu samada positif ke negatif. Saya faham perasaan anda yang berharap untuk mengandung, tapi hasil ujian negatif. Sebab itu ramai yang takut nak buat test kerana takut mengecewakan. Saya juga pernah kongsikan Tips untuk Cepat Hamil.

Masa saya pertama kali mengandung dulu saya pun macam anda. Bila period lewat dalam dua tiga hari terus teruja nak buat UPT ini. Semangat bangun pagi-pagi sebab orang kata air kencing pertama pagi tu adalah sample terbaik untuk membuat ujian. Tapi. hasilnya samar-samar.Ramai juga yang mengalaminya kan.

UPT ini ialah salah satu cara nak mengetahui wanita itu sedang mengandung atau tidak. Cara lain yang boleh dilakukan ialah ultrasound untuk mengesan kantung/janin ataupun melalui ujian darah.

Waktu yang Sesuai Melakukan UPT

Waktu yang sesuai untuk melakukan UPT ialah dua minggu selepas tarikh kedatangan haid yang sepatutnya. Ini ialah untuk mereka yang mempunyai kitaran haid yang stabil dan tidak berapa sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kedatangan haid yang tidak menentu.

UPT ialah ujian kehamilan yang mengesan hormon yang dikenali sebagai HcG. Jika dilakukan terlalu awal dikhuatiri hormon HCG belum banyak dihasilakn.

Badan mula menghasilkan HcG apabila telur yang telah disenyawakan menempel di dinding Rahim. HcG dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk plasenta (uri). Ia mula dikesan dalam badan kira-kira 6 hingga 14 hari selepas persenyawaan.

UPT digalakkan dibuat pada awal pagi iaitu air kencing pertama kerana kandungan HcG yang tinggi. Selain itu boleh juga lakukan ujian bila-bila masa dengan syarat dalam masa 4 jam belum lagi membuang air kecil serta tidak minum air terlalu banyak.

Pemilihan Alat Ujian Kehamilan

Ramai yang mencadangkan menggunakan Clear Blue. Kerana ketepatannya 99%. Malah ada kata seawal 5 hari sebelum tarikh period yang sepatutnya Clear Blue mampu mengesan.
Setiap Alat Pengujian mempunyai tahap ketepatan yang berbeza. Ia merujuk kepada sensitivity iaitu 10, 25 atau 50mlu/ml. Lagi tinggi sensitivity lagi tepat alat ujian tersebut. Lebih kecil nilainya lebih sensitif ia mengesan hormon HcG.
Dan semestinya harganya lebih mahal.
Tahniah Jika Anda Mengandung. Ada cara mengurangkan simpton Morning Sickness, Loya dan Rasa Mual di awal kehamilan. Ada supplement iaitu Peppermint Ginger untuk atasi masalah loya
Wanita hamil sering juga dikaitkan dengan stigma tidak larat atau mempunyai keupayaan terbatas. Ya, kebanyakannya begitulah. Sampai orang keliling pun rasa simpati. Tapi seorang wanita yang saya kenali ini memang hebat kerana mampu memanjat candi borobodur ketika hamil 7 bulan. Malah beliau yang sampai dahulu berbanding rakan lain. Kalau panjat candi pun selamba sahaja, inikan pula setakat ke pejabat. Mesti anda yang sedang melepek atau asyik MC teringin sihat dan kuat ketika hamil seperti beliau kan? Jom kita tengok

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo!

Best kan beliau kongsi pengalaman beliau ketika hamil? Saya pun rasa tidak sabar untuk kembali hamil dan cuba saranan dari beliau.

Set Mengandung Shaklee telah membantu ramai wanita hamil untuk bergerak lebih aktif dan melalui proses kehamilan dengan lebih sihat dan seronok.
Bakal anak yang lahir pun pasti akan lebih ceria, sihat dan bijak.

2 thoughts on “Rasa Macam Mengandung, Tapi UPT Samar-Samar Seolah-Olah Negatif”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
%d bloggers like this: