Perniagaan konvensional memerlukan banyak perbelanjaan untuk diuruskan dan dikendalikan dengan berkesan. Secara umumnya anda perlu membayar ruang pejabat, ruang gudang, dan inventori. Anda ada pekerja-pekerja yang memerlukan gaji dan faedah. Anda perlu membayar untuk membuat produk, atau cipta milik anda sendiri daripada bahan-bahan mentah yang bukannya murah. Anda juga perlu menguruskan penghantaran dan pembungkusan. Perniagaan produk info sebenarnya ada lebih banyak faedah berbanding menjual produk fizikal:
- Selepas siap dibuat, anda boleh jual produk digital berkali-kali tanpa perlu membuat apa-apa yang baru.
- Produk digital tidak memerlukan sumber-sumber mentah seperti produk fizikal.
- Produk digital tidak memerlukan anda menyimpan stok, membungkus barang, atau menghantar apa-apa.
- Menjual produk digital boleh dibuat dengan mudah dari rumah, jadi anda tidak perlukan sebarang lokasi fizikal.
- Anda tidak perlu upah apa-apa pekerja sehingga jumlah jualan anda memerlukan sokongan tambahan.
- Sebaik sahaja anda upah pekerja, kebanyakan bisnes anda boleh beroperasi secara autopilot untuk menjana pendapatan pasif.
- Ini hanyalah sedikit daripada faedah-faedah menjual produk digital berbanding produk fizikal, dan ada terdapat banyak lagi sebenarnya!