Assalamualaikum Pos Laju!

Dugaan posmen semasa PKP / musim covid19 ni.. 

Ramai yang beli barang secara online masa MCO ni.. Bukan je pos laju je, malah ramai lagi servis penghantaran yang terpaksa bekerja keras sebab terlalu banyak barangan untuk dipos. Ada sekali syarikat JT Ekspress hantar parcel gune kereta

poslaju

Cerita ni dikongsikan oleh netizen di FB dan medsos lain..

” Assalamualaikum. PosLaju ! ” Jerit satu suara dari luar..

Keluar tuan rumah, dengan berseluar pendek, T-shirt tiada lengan.

“Berkurun tunggu nak sampai. Apasal poslaju lembab sangat hantar barang ? ”
Tanya tuan rumah.

Terkebil-kebil mata posmen menghadap tuan rumah.

” Maaf bang, barang banyak sangat. ” Jawab si posmen,
Suaranya sedikit bergetar,
Ada juga rasa tidak bermaya

” Lain kali ambillah pekerja ramai ”
Tingkah si tuan rumah.

Posmen tadi malas memanjang cerita,
Mengangguk dan berlalu.

Dilihat jam di tangan,
Sudah 6.45 petang.

Aduh, dah nak sampai waktu berbuka dah.

Dicongak-congak masa yang ada,
Masih berbaki beberapa rumah,
Jika tidak diselesaikan Harini,
Esok kerja akan jadi bertambah,
Hari Ahad pun kena bekerja,
Tiada cuti lagi,
Tiada rehat lagi.

Kepala otak berfikir,
Mana nak cari kedai makan,
Mana nak cari kedai runcit,
Nak beli makanan buat berbuka,
Masa PKP ni banyak kedai tidak dibuka.

Terlupa tadi nak bawa bekal air mineral dan kurma siap-siap.

.

Masuk rumah terakhir,
Tuan rumah memberikan air kotak dan satu pek biskut.

Alhamdulillah,
Rezeki tak disangka,
Ada juga benda yang boleh dijamah untuk berbuka.

Inilah rencah kehidupan,
Perjuangan seorang penghantar barang.

.

Santuni mereka sebaiknya,
Dari awal pagi,
Selepas bersahur sudah terpacak di depan pejabat,
Di bawah terik panasnya matahari,
Di dalam lebatnya hujan,
Mereka bekerja,
Demi menyempurnakan semua hajat kalian.

Gaji mereka tidak besar,
Mereka bersusah payah di luar,
Semasa kita semua berada di dalam rumah,
Selesa di dalam kesejukan aircond,
Selesa melayani Netflix,
Leka bermain games.

Hulurkan kasih sayang,
Kongsikan kegembiraan buat mereka,
Kerana mereka,
Hero yang tidak didendang.

Add Comment