Perniagaan Produk Digital Vs Produk Fizikal

Perniagaan konvensional  memerlukan banyak perbelanjaan untuk diuruskan dan dikendalikan dengan berkesan. Secara umumnya anda perlu membayar ruang pejabat, ruang gudang, dan inventori. Anda ada pekerja-pekerja yang memerlukan gaji dan faedah. Anda perlu membayar untuk membuat produk, atau cipta milik anda sendiri daripada bahan-bahan mentah yang bukannya murah. Anda juga perlu menguruskan penghantaran dan pembungkusan.

Perniagaan produk info sebenarnya ada lebih banyak faedah berbanding menjual produk fizikal:

  • Selepas siap dibuat, anda boleh jual produk digital berkali-kali tanpa perlu membuat apa-apa yang baru.
  • Produk digital tidak memerlukan sumber-sumber mentah seperti produk fizikal.
  • Produk digital tidak memerlukan anda menyimpan stok, membungkus barang, atau menghantar apa-apa.
  • Menjual produk digital boleh dibuat dengan mudah dari rumah, jadi anda tidak perlukan sebarang lokasi fizikal.
  • Anda tidak perlu upah apa-apa pekerja sehingga jumlah jualan anda memerlukan sokongan tambahan.
  • Sebaik sahaja anda upah pekerja, kebanyakan bisnes anda boleh beroperasi secara autopilot untuk menjana pendapatan pasif.
  • Ini hanyalah sedikit daripada  faedah-faedah menjual produk digital berbanding produk fizikal, dan ada terdapat banyak lagi sebenarnya!

Dalam laporan ini, anda akan pelajari bagaimana memulakan bisnes produk info anda sendiri. Kita akan tumpukan pada pemasaran online, kerana perbelanjaan adalah lebih rendah daripada cuba memasarkan produk anda secara offline. Pada hakikatnya, kaedah pemasaran online adalah percuma!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *