Bingkisan Kasih Buat Kemboja

Wakaf Perigi Diperlukan..

Bayangkan setiap hari kita terpaksa berulang alik sejauh 1-2 km untuk mendapatkan air bersih dari sungai berdekatan untuk kegunaan minum, masak dan bersuci. Selain cara itu, mereka juga menadah air hujan. Itulah sumber air mereka.

Kemiskinan tidak membolehkan mereka membina perigi air. Mengikut Ustaz Syaukani bin Haji Muaz, kos membina 1 perigi adalah dalam anggaran RM1300.00 Setiap 1 perigi akan digunakan oleh 3 keluarga. 

Usaha Membina Perigi Air

Untuk makluman usaha untuk kumpulkan dana ini adalah usaha yang berterusan. Kita boleh wakafkan 1 perigi utk arwah ibubapa atau saudara mara kita yg telah pergi atau kita boleh kongsi 1 perigi dengan orang lain. Saya boleh tolong kumpulkan derma kawan2 utk cukupkan 1 Perigi.

Sesungguhnya selagi ada air perigi yg digunakan oleh manusia dan haiwan maka selagi itulah kita akan dpt pahalanya apatah lagi kita amat memerlukan pahala amal jariah kita apabila kita berada dalam alam barzakh kelak.

Marilah kita turut membantu..

Dalam satu hadis, Rasullullah (SAW) mengulang2 sebut kelebihan memberi minum kp sahabatnya Saad bin Ubadah, Saad bin Ubadah menceritakan, aku berkata “Wahai Rasullullah, ibuku sudah meninggal dunia, boleh kah aku bersedekah bg pihaknya? Baginda menjawab :” Ya (boleh). Aku bertanya lagi, “Sedekah apakah yg terbaik?Baginda menjawab” Memberi orang minum air”. Musnad Ahmad.

Antara Hasil Sumbangan..

FADILAT & KELEBIHAN BERWAKAF PERIGI.

  • Memperkuat keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah.
  • Mendapat pahala yang berlipat ganda.
  • Bertambah rezeki dan mendapatkan keberkatan dalam rezeki.
  • Menjauhkan bala & menyembuhkan penyakit.
  • Memberi ketenangan hati dan kebahagian.
  • Mendapat doa daripada malaikat setiap pagi.
  • Allah kurniakan umur yang panjang.
  • Menjauhkan diri daripada sifat bongkak dan sombong.
  • Mendapat kebahagian dunia dan akhirat.
  • Pahala akan sentiase mengalir walaupun sudah meninggal dunia.

Inilah peluang mendapatkan pahala yang berterusan atau wakafkan atas nama ahli keluarga yang telah pergi..

Tiada hadiah lebih bererti bagi orang tua kita selain pahala yang mengalir berterusan.

Jom bantu mereka

Selain wakaf perigi, sumbangan lain-lain juga diterima